02 Disember 2010

Kencing manis

Selalunya kita akan mendapati terdapat persamaan ubatan kencing manis . Herba herbanya adalah terdiri dari herba manis dan herba yang berwarna hitam.Herba yang manis seperti lemba,stevia,tebu gajah,kulit kayu manis,tebu selasih sering digunakan dalam perubatan jawi sementara herba yang berwarna hitam pula seperti habatul saudak,garam hitam,lada hitam,ayam hitam dan lain lain lagi.Apapun perubatan kencing manis bukan satu cara malah perlu mencari kaedah mana yang bersesuaian dengan diri pesakit. Biasanya pesakit lebih suka dalam bentuk kapsul daripada bentuk air sedangkan penyakit kencing manis perlu dirawat secara teliti dan bersungguh sungguh apatah lagi jika berlaku ganggrene.

Saya cadangkan pesakit kencing manis mendapatkan khidmat nasihat yang betul tentang pengubatan herba yang hendak diamalkanya.Berbekam juga boleh menyebabkan luka bertambah teruk jika tidak bersih dan betul caranya.Luka kerana kencing manis akan mengakibatkan keadaan pesakitmenjadi parah. Seperti yang saya terangkan ,luka kencing manis dirawat dengan serbuk gamat sehingga tumbuh isi dari daging daging yang semakin mereput. Minuman herba khas perlu diberikan terutama dalam keadaan kencing manis yang serious.


Ubat gout

Banyak juga pesakit gout yang menghubungi saya dan minta dikirimkan ubatan tersebut. InsyaAllah saya bersedia untuk menghantarnya dengan pos laju agar penderitaanya dapat cepat dikurangi dan di sembuhkan dengan Izin Allah. Namun ada juga yang merungut kenapa harganya mahal, madu lebah dijual dengan harga RM150,00 (3 botol). Disini saya perlu menerangkan mengapa ianya dijual dengan harga tersebut.
1. Madunya mestilah yang tidak mengandungi air
    (kalau ada dalam peratusan yang sangat rendah.)
2. Madu itu di campur dengan herba khas
3. Herbanya mestilah 100 organik dan pengeringannya tanpa haba tinggi.
4.. Persiapannya perlu segera dan memerlukan pekerja khas seharian 
      untuk itu.
5. menggunakan pos laju agar segera sampai
6. Pembuatannya kadangkala mengalami rosak dan dibuat kembali.

Oleh sebab itu . kami akan menghantar hanya sebotol sahaja bagi setiap order dan untuk sembuh ia memerlukan 3 botol insyaAllah . Selepas sembuh ia perlu mengambil (satu sudu besar pagi,tengahari dan malam) selama 6 bulan. InsyaAllah benarlah hadis Nabi "setiap penyakit ada ubatnya".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan