23 Mei 2010

MATA

MATA KUNING -


Sekiranya mata putih terdapat warna kekuningan, terdapat 3 tafsiran :-


* Terdapat jangkitan virus seperti hepatitis..ini jelas dapat dilihat apabila terdapat bintik puith diatas LIDAH...


* keracunan logam berat - mengakibatkan rambut gugur,tidak bermaya dan kuku yang pecah-pecah dan keluar darah dari liang roma...
   Penyakit seperti ini terkenal dikalangan orang MELAYU sebagai "SANTAU". Contoh logam berat adalah Arsenik yang terdapat dalam ROKOK dan MERKURI yang terdapat pada bahan tampalan gigi...


* Masalah Batu Hempedu - dikesan jika pesakit sering mengalami kelaparan di waktu malam dan sangat beremosi seperti mudah takut,marah,bimbang,benci dan sebagainya...


MATA MERAH


Sekiranya mata berwarna kemerahan , terdapat 2 tafsiran :-


* Kekurangan air dan dehidrasi  - berlaku kerana kurang pengambilan air, kepanasan serta pengamalan herba diuretik..TANDANYA - air kencing yang kuning pekat, sakit kepala, sakit pinggang dan urat biru di tangan..


* Terdapat jangkitan kuman yang ditandai dengan kehadiran selaput putih...
   Indicidu yang mempunyai tanda seperti ini - perlu meminum air yang banyak iaitu 
   2.5 ltrs sehari  .....

12 Mei 2010

tapak tangan

ini lah bentuk  tapak tangan kita.....
apakah yang kita nampak didalam tapak tangan....
masing-masing tentu mengatakan yang nampak hanyalah jaluran  yang membentuk huruf  M...
maka mentelah lah masing-masing bahawa huruf M itu....ada yg mengatakan miskin ler ..garisan urat keluar melalui jari telunjuk ..wang senang keluar ler..semua ada....
itu hanya telahan masing-masing.....


Kita menadah tangan ketika BERDOA...dan kita juga menadah tangan apabila meminta sedekah...
Ketahuilah wahai saudara ku..bahawa jaluran yang terbentuk adalah jaluran asma ul husna..99 nama allah..dimana di telapak tangan kiri ..adalah ^1..iaitu 81 berdasarkan kepada huruf JAWI dan telapak tangan kanan adalah  1V adalah  18...
Jadi apabila kedua2 nya dicampur 18 + 81 menjadikan 99 iaitu 99 nama allah ASMA UL HUSNA
....
Melalui tapak tangan kita dapat mengdiagnosis penyakit yang telah berada di dalam tubuh kita....
Allah taala memberi ilmu melalui tubuh badan kita....
melalui tapak tangan kita dapat mengesannya penyakit yang baru 10% berada di dalam tubuh ....manakala diagnosis melalui MATA  ...penyakit baru berada 2% dapat di kesan..
masyaallah..begitu besarnya ilmu allah taala..sedangkan bila penyakit kita sudah peringkat 80% barulah dapat dikesan oleh doktor aloipati....
disini saya ceritakan serba sedikit berkenaan cara-cara melihat penyakit melalui tapak tangan.....
bukan nya pandai tapi sekadar berkongsi ilmu....apa yang dipelajari ..itulah yang akan di kongsikan....

      
1. urat biru di jejari atas kebawah   adalah tanda seseorang itu  STRESS berpunca dari:-
   a. banyak berfikir perkara yg tidak selesai .
   b. kurangnya oksigen dikepala.
   c. kurangnya air didalam badan.
   d. cepat marah.
      bagi orang yang selalu STRESS akan menyebabkan hilangnya vit 'c' didalam tubuh .....
dan akan mengaktifkan sel kanser .....jadi sesiapa yang berpenyakit STRESS haruslah berjaga-jaga dengan simptom ini.....utk mengetahui tanda sel kanser telah berada didalam tubuh  - lihat lah jikalau telah tumbuhnya bisul di tubuh bermakna itulah permulaan kanser didalam tubuh kita ..jadi haruslah cepat-cepat mengambil HERBA...hentikan daripada mengambil ubatan aloipati dimana ubatan ini akan menambah penderitaan anda..

2. Orang yang bermasalah HATI - dapat dikesan melalui tapak tangan yang berwarna kuning , keras dan 
    pejal...jika ada bintik hitam ..bermakna darah keracunan....
    simptom yang dapat dilihat adalah :-
    a. sembelit..
    b. terganggunya perasaan.
    c. resah gelisah.
    d. tidak ceria.
    e. cepat marah / stress.
    f. bila sakit lambat sembuh.
    g. kemurungan.
    h. mata menjadi kuning.
    i. perut menjadi kembung.
    j. makan cepat kenyang.
    k. dada selalu berdebar2..

3. Masalah angin didalam badan dapat dikesan melalui tapak tangan yang BERBINTIK putih...
    - terdapat 3 jenis angin :-
      i) angin segah - nafas pendek,perut kembung,cepat penat,menyucuk ulu hati,bila makan cepat 
                                kenyang  dan selalu sendawa..
     ii) angin darah - cepat marah,angin pasang,angin meroyan yang mana semua ini menyebabkan 
                             mempengaruhi emosi pesakit.
    iii) angin sendi  - sakit disendi2,kebas2 dan sakit pinggang...
punca-puncanya adalah daripada - makan diselang dgn air,banyak bercakap,minum guna straw dan kesan
pembedahan perut.......

4. Lihat lah jari anda - adakah jari kelingking anda membengkok ..jari tangan kanan membengkok ke kanan dan jari ditangan kiri membengkok ke kiri...
  -  jika terdapat pembengkokan yang sedemikina bermakna anda telah mengalami masalah TULANG BELAKANG....anda mengalami masalah di bahagian kepala , pinggang dan seluruh badan bermasalah tulang belakang... itu pun mengikut ruas-ruas tertentu ...
    - jika dibahagian kepala ..anda akan mengalami penyakit mudah menjadi LUPA....
       masalah dibahagian pinggang akan menyebabkan anda mengalami masalah TENAGA ...
   -jika anda bmerasa kebas dihujung jari kaki dan tangan disertai sakit kepala - ini bermakna anda mengalami masalah di tulang belakang....
   - mengikut perawatan JAWI HPA....adalah lebih baik anda melakukan  KIROPRAKTIK iaitu rawatan membetulkan TULANG BELAKANG....

5.   Jika anda yang selalu mengalami Sakit Tumit - bagi LELAKI anda mengalami masalah TENAGA ..manakala WANITA ..anda mengalami masalah RAHIM....

04 Mei 2010

kebaikan herba ...


PENGETAHUAN HERBA.

1. Pegaga (Teh Herba, Teh Asiatica, Sabun, Kordial Pegaga, Teh Instant)
- Bentuk otak dan untuk kegunaan masalah ADD.
- Mengubati luka dalam.
- Herba antikanser (kanser yang terkait dengan hormon)
- Asiatikosid (antibiotik) dalam Teh Instant.
- Baik bagi ibu lepas bersalin.
- Diuretik dan mengandungi minyak yang baik untuk ginjal.
- Elok untuk kulit dalam persediaan sabun.

2. Teja Lawang (Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus, Kopi Radix dan D'Karm)- Teras pokok (ratusan tahun).
- Satu famili dengan kulit kayu manis.
- Mengandungi minyak sari untuk gastrik.
- Mengubati masalah angin (racun, suhu, angin).
- Rendaman kulit kayu manis baik untuk diabetes dan sakit pinggang.
- Mengurangi tekanan di otot jantung (angina).

3. Hempedu bumi (D'Tork, Imuniti dan Deep Cleansing)
- Masalah hati seperti hepatitis
- Tonsil
- Demam
- Darah tinggi
- Kencing manis.

4. Mengkudu (Buah dan Akar)
- Buah dalam bentuk kapsul mengkudu.
- Akar dalam Herba Tuju Angin, Radix, Paramaria Plus dan Kopi Radix.
- Morindin sebagai pelawas dan anti kanser usus.
- Mengandungi selenium anti oksidan yang kuat.
- Anti kanser.
- Darah tinggi.
- Sinergi dengan madu menurunkan kolesterol.
- Mengatasi masalah tidur yang ringan.

5. Senna Makkiah (Pelawas dan Teh Asiatica)
- Di ambil bersama madu menguatkan otot jantung.
- Pengubatan nabi.
- Penting dalam kolon cleansing.
- Lebatkan rambut.
- Jerawat dan kudis.
- Sawan.
- Gatal badan.

6. Shark Cartilage.
- Anti kanser
- Untuk sakit sendi
- Untuk masalah tulang belakang.
- Di ambil masa perut kosong
- Pagi 3 atau 6 kapsul
- Sinergi dengan Teh Instant
- Sumber kalsium

7. Jering 
- Beta sitosterol dan stigmasterol (hipoglisemik).
- Benalu anti kanser.
- Ambil bersama Malac untuk elak tak lawas kencing.
- Kurangi makanan (beras putih, tepung, gula).

8. Omega 3
- Kuatkan ingatan (DHA).
- Kuatkan sistem kardiovaskular (EPA).
- Jantung dan darah.
- Sumber ikan (di sinergikan dengan herba untuk mendapatkan potensi 13 kali ganda).
- Soft gel (dewasa).
- Kapsul (anak-anak).

9. Garcinia (Stoma-K)
- Mengandungi HCA.
- Menekan perasaan lapar.
- Membakar lemak dalam tubuh.
- Bagi mengelakan gastrik diambil dengan madu.
- Khusus untuk obesiti.

10. Madu Lebah
- Sunnah nabi.
- Baik untuk bersihkan ginjal dan hati.
- Menjaga kesihatan kolon dan perut.
- Membersihkan darah.
- Bersifat pelawas (diminum dengan air panas).
- Gangrene
- Digunakan untuk tujuan detox.

11.Mengkunyit (Corcinium Plus)
- Resdung.
- Baik jika bersama madu (Air suam + buka kapsul).
- Ubat demam yang baik.
- Antibiotik.
- Mengelakkan menanah pada luka.

12.Tongkat Ali
- Tenaga.
- Kardiotonik.
- Antikanser.
- Baik untuk demam.
- Sakit sendi (Radix dan Herba Tuju Angin).


13. Lalang (Malac)
- Baik untuk ginjal (diuretik).
- Baik untuk demam (anti-piretik).
- Batu karang (sinergi dengan madu).
- Gout.

14.Bayam Duri (Health-B)
- Menambah darah (+ Spirulina).
- Diuretik.
- Anti ketumbuhan.

15.Roselle
- Vitamin C.
- Anti stress.

03 Mei 2010

Perubatan JAWI...

Pada 29 hb April 2010... hati digerak oleh allah taala untuk melangkah ke salah satu kedai perawatan HPA..
yang mana kedai itu telah lama aku ketahui fungsinya..tapi allah tidak menggerakkan hati untuk masuk kedalamnya.....itu lah kedai Jawi Herbs Shop yang bertempat di Aman Jaya Sg. Petani....

          Apabila memasuki sahaja ruangan kedai tersebut...subhanallah....bauan herba menusuk hidung ku..memberikan satu ketenangan dalam jiwa....

Tiada pelanggan pada masa itu..membuatkan urusan untuk bertemu dengan Perawat menjadi mudah..
alhamdulillah...semuanya dipermudahkan oleh allah taala.....

          Allah mempertemukan aku dengan seorang Perawat yang bernama Fadhil....aku memanggilnya Ustaz Fadhil..berasal daripada Sibu , Sarawak....seorang yang tenang...cahaya keimanan terpancar di muka beliau...walaupun masih muda tapi penuh dengan pengalaman....

                 Sessi rawatan dijalankan .....ustaz Fadhil mendengar keluhan-keluhan ku...segala masalah kesakitan didengar dengan penuh teliti....semuanya dicatitkan ...persis seorang doktor .....
    Kini tiba masanya Ustaz memberi tazkirah kepada ku.....persis seorang ulama memberi pandangan..lontaran hadis2 beri..nas daripada ayat quran dibaca...menjadikan pesakit ini tenang dan kadang2 mengeluarkan air mata...tersentuh hatiku mendengar ubat rohani yang diberi...selama ini aku hanya memberi ubat kepada jasmani sahaja...ubat untuk rohani ditinggalkan...

          Tapi didalam HPA ..itulah perawatan yang diberi...rohani dan jasmani perlu diberi ubat....

Ustaz mendiagnosis telapak tangan....menyimpulkan segala permasalahan didalam diri ini....apa yang disimpul bertepatan dengan diri ku.....Punca penyakit adalah dari pola pemakanan .....Rumah bagi penyakit adalah PERUT.....

     Lama juga aku di tazkirah oleh Ustaz....dan akhirnya dicadangkan herba2 yang patut aku mengamalkannya....aku minta utk dibuat kiropraktik kerana sakit belakang.....sebelum balek ustaz telah membuat proses kiropraktik pada ku.....berderup derap tulang belakang...

        Alhamdulillah selepas mengamalkan herba2 yang dicadangkan dan kiropraktik dilakukan....sakit tulang belakang dan pinggang yang dialami telah sembuh....mohonlah dengan allah taala..kerana kuasa menyembuh adalah miliknya...itulah pesanan ustaz Fadhil..masih terngiang2 lagi ditelinga ku...dan itulah yang dipraktik olehku setiap kali memakan herba HPA...

          Herba yang dicadangkan adalah sebagai terapi kolon berherbakan PELAWAS+MENGKUDU+TUJU ANGIN ...terapi tenaga KOPI DIET..dan terapi air....ROSELLE dan cara meminum air dengan betul dan sukatan yang betul..

           Alhamdulillah....setelah berpantang mengikut apa yang disaran...kini badan terasa perubahannya...
Semuanya adalah daripada allah taala...YAKINLAH ..KESEMBUHAN ADALAH MILIK ALLAH...AKU MEMOHON KESEMBUHAN ITU YA ALLAH....

Radix Kapsul...


Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longfolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai untuk semua golongan lelaki dan perempuan.

Radix merangsang proses biosyntesis terhadap hormon endrogen bagi lelaki dan hormon estrogen bagi wanita. Amat baik untuk 'Men Power'.
Flavanoid didalamnya berfungsi sebagai :-
- antioksidan,
- anti virus,
- anti peradangan dan anti keracunan.
Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisme kalogen bagi membaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yg rosak akibat ghout, arthritis, dan reumatik. Membantu memulihkan patah tulang atau terseliuh.

Sinergi Rawatan
•Bertindak sebagai "Men Power"
•Demam peringkat awal sinergikan Radix + Malac.
•Lelah (Athma) sinergikan Radix + Pelawas.
•Amat baik untuk masalah Gastrik dan Ulser.
•Keseimbangan Hormon Wanita.

- dari -http: //komunitihpakaherah.blogspot.com