27 Februari 2010

Goji...

Semalam aku pergi jalan-jalan ke Pasar malam kat Taman Nuri......kat sini memang seminggu sekali Pasar Malam.......orang memang tak payah cakap lah...tak kira time gaji ker...tak gaji ker...memang sentiasa penuh....orang buat bendang nie memang duit banyak.....Dalam ramai-ramai orang dok jual tu aku tertarik satu gerai dok jual sejenis buah...nak kata kismis pun bukan...kurma pun bukan....
Singgah kejap lah......tanya abang yang jual tu....buah apa nie bang....." ha ..kalau nak tau nie lah buah Goji bang "..buah dari negeri Cina....ubat segala ubat ....cuba rasa...aku pun cuba satu...hmm memang sedap ..rasa macam kismis ...ini lah buah Goji yang dikeringkan ....

dalam masa dok bersembang tu ...abang tu ada lah bagi penerangan tentang buah Goji ini....memang selama ini kita dok minum serbuk Goji yang di paketkan seperti gambar atas tu...kali ini dapat yang PURE punya....makan sehari 3 kali ...3 , 5 , 7 biji..jangan lebih daripada 10 biji ...


Balik aku pun buka laman web ...cari khasiat Goji ...ni yang jumpa..

Secara tradisionalnya, buah goji dipercayai mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan manusia serta mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Secara umumnya, goji dapat memberi faedah kesihatan seperti menghapuskan radikal bebas, menggalakkan metabolisme, melancarkan pengaliran darah, mengoptimunkan fungsi hormon dan juga membaiki tenaga fizikal.

Goji boleh diambil sebagai makanan kesihatan harian dan dapat membantu kita untuk kehidupan yang lebih aktif, sihat dan bertenaga.
                 
Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda Goji boleh membantu perembesan hormon HGH iaitu pertumbuhan / keremajaan (Human Growth Hormone) oleh kelenjar Pituitary.
Kebaikan hormon HGH ini sangat banyak termasuklah mengurangkan lemak dalam badan, tidur yang lebih lena, menigkatkan daya ingatan, mempercepatkan penyembuhan, meningkatkan keupayaan sex dan yang paling penting ialah menjadikan ada rasa dan kelihatan muda remaja.



Buah Goji segar....

Maka aku pun belilahhh........nak cuba mana tau kot-kot boleh kelihatan muda remaja.....perasan lah tu.......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan