03 Ogos 2009

Kena tukar..


Pada 30 hb Julai yang lalu, dapat berita kena tukar ke Sungai Petani . Memang dah lama depa rancang nak hantar aku bertugas di S.P iaitu daerah Kuala Muda. Aku pun dah maklum perkara ini hanya tunggu official jer...

Kena lapor diri pada 1 hb atau 16 hb.. jadi aku bercadang nak pergi lapor diri pada 1 hb Sep kot..Kena pada bulan puasa pulak tu..nampak gaya nya kena berulang ler dari Alor Setar ke Sg. Petani...nak bawa orang rumah pun, anak tak dapat tukar sekolah coz course yang dia amek tiada di sekolah lain.. bahagian make up2 ni ..kannya aku tau sangat..

Tapi tak mengapa , memang aku ada rumah di S.P.. apa-apa hal pun boleh dudok di rumah sendiri kat Bandar Aman Jaya..Kena lah aku control satu S.P coz dalam daerah tu aku kerja sorang jer.. lum ader pembantu lagi.. hai nak buat macamana, dah tugas..
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan