22 Julai 2009

SEJARAH TAKKAN BERULANG

Pada 19/07/2009 merupakan hari ini dalam sejarah, satu peristiwa yang tak dapat dilupakan telah berlaku...

Hari itu saya dan rakan-rakan dalam proses temuduga kenaikan pangkat..
semua persiapan telah dibuat ... biasa lah , persiapan dibuat berminggu-minggu awal...nak interview sekejap jer....

Lembaga temuduga pun telah diketahui ...Pengerusi temuduga adalah seorang pegawai dari Sabah manakala lembaga 1 juga dari Sabah dan lembaga 2 dari Pahang...Sebelum datang ke Negeri Kedah lembaga temuduga telah membuat temuduga di Perak ....masing-masing sibuk contact kawan di Perak ....macam-macam cerita yang kami dapat ... ada yang bagi tau Pengerusi adalah seorang yang garang , ada pula yang memuji mengatakan pengerusi seorang yang baik ....
Apa lagi ...masing-masing yang akan di interview .. ada yang kecut perut.. ..masing-masing membuat persiapan seadanya ......

Tapi yang nak jadi cerita HARI INI DALAM SEJARAH .. bila tiba hari nak interview pada 19/07/2009 kami semua pun dah ready ...masing-masing dengan persiapan yang terbaik ...... pukul 6.30 pagi dah ada yang s/by ... pada hal nak interview pada pukul 8.30 pagi.. tapi tak apalah excited punya pasal....
Tup-tup kira-kira pukul 6.45 pagi seorang kawan datang dengan selamba dia bagi tahu ...." mana ada interview , pengerusi meninggal dunia semalam ".....apa lagi kami semua " oi jangan buat main-main , kalau nak gurau pun buatlah cerita lain.. mati-mati jangan buat main-main"....." ya allah..mana nak guraunya ..betul pengerusi meninggal semalam di Hospital Alor Setar "....

Lalu aku pun menelefon seorang Pegawai kami untuk membuat kepastian...rupa-rupanya perkhabaran yang dibawa oleh kawan tu memang betul....PENGERUSI telah MENINGGAL DUNIA semalam dipercayai SAKIT JANTUNG...terkedu seketika kami semua ... ...macam tak percaya peristiwa begitu boleh berlaku... tapi apa nak diherankan .. memang ajal maut kita ditangan TUHAN.. kita hanya merancang TUHAN yang menentukan...

Maka temuduga kami pada hari itu terpaksa ditangguhkan pada 21/07/2009 kerana masing-masing Pegawai sibuk menguruskan jenazah untuk dihantar ke SANDAKAN , Sabah .. semua allah mencucuri rahmat keatas roh TUAN ROSDI bin RAMLI ....alfatihah...

Hari interview saya pula ditangguh pada 27/07/2009 .. dan merupakan orang yang terakhir sekali ..iaitu orang yang ke 32 ... sekian..

1 ulasan:

  1. arwah bapa saya 2 mana ada garang...
    muka dia sj yg garang..

    BalasPadam