24 Jun 2009

Ni lah gambar hero saya yang baru melangsungkan perkahwinannya pada 7 hb Jun 09 yang lalu. Gambar ni ambil masa majlis di sebelah pengantin perempuan di Kg. Batu 16 Ulu Langat. Kami pi pada 5 hb dengan 3 biji kereta jer.. yang lain tunggu kat KL. Terima kasih kat kawanku Rajian yang tinggal kat PGA Cheras dan anak menakan (Fuad) kat UPM Serdang kerana sudi meluang masa mai meraikan sekali majlis ini.
Rombongan kami lepak kat Lembah Azwen Resort kat Batu 14 Ulu Langat. Tempatnya ok lah gak. 1 bilek muat 5 orang rm 100.00. Ambik 3 bilek dok 2 malam ...kenalah rm 600.00.. tak pa sekali sekala..Resort ni untuk orang-orang berkursus jer.. tak buka untuk sewa individu.. tapi coz abang pengantin perempuan kenal dengan toke nyer dapat lah kami stay kat situ..
Majlis bermula dengan akad nikah pada 6 hb dan malamnya ada majlis berinai. Esoknyer baru majlis bersanding... Lepas kenduri kami pun belah balik Alor Setar coz nak buat persiapan di sana pulak.. Sebelah kami pada 13 hb Jun.. Daripada Ulu Langat pukul 4 petang sampai kat Alor Setar pukul 2 pagi sebab singgah kenduri kat Batu Kurau , rumah sepupu sebelah orang rumah..Lepak oow dapat menantu orang jauh.. tapi nak cam na dah jodoh depa .. Kampong dia jer yang jauh tapi dia dok disebelah rumah jer coz dia kerja kat IPD Kota Setar (Polis).. hari-hari leh tengok.. Hari ni anak balik ke Sibu coz dia kerja sana ..kat Kem Lanang PGA Sibu Sarawak (Polis gak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan